Quantcast
Channel: MUSADUN.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 533

Cinta Teruna Kimchi : Sinopsis,Pelakon,Lagu OST

$
0
0
Drama Cinta Teruna Kimchi mula menghiasi slot Zehra TV3. Cinta Teruna Kimchi bersiaran mulai 28 Januari 2016 di TV3 pukul 9 malam setiap rabu dan khamis.

Drama ini bersiaran sebanyak 13 episod.
cinta teruna kimchi

Sinopsis Cinta Teruna Kimchi

Berikut merupakan sinopsis ringkas drama Cinta Teruna Kimchi;
 Mengisahkan seorang jejaka korea Kang Ye Jun (Nazim Othman) yang sering diganggu mimpi pelik. Mimpi itu membawanya untuk mencari agama dan cintakan tuhan.

Kang Ye Jun membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Plot bermula apabila Kang Ye Jun menemukan sekeping gambar lelaki berkopiah yang disimpan ibunya. Naluri Kang Ye Jun kuat mengatakan bahawa lelaki itu merupakan ayahnya.

Sikap ingin tahu Kang Ye Jun itu membawanya untuk berhijrah ke Malaysia. Apakah yang akan terjadi di Malaysia? Berjayakan kang Ye Jun bertemu ayahnya?


Senarai Pelakon Cinta Teruna Kimchi

Berikut merupakan senarai pelakon di dalam drama Cinta teruna Kimchi

  • Nazim Othman sebagai Kang Ye Jun
  • Johan As'ari sebagai Amin
  • Nur Risteena sebagai Suraya
  • Kamal Ibrahim sebagai Zainal
  • Niena Baharun sebagai Saidah
  • Bodt Sharade sebagai Faisal
  • Feiyna Tajudin sebagai Ameena

Lagu Tema OST Cinta Teruna Kimchi


Berikut pula merupakan lagu tema OST drama Cinta Teruna Kimchi

Tajuk lagu: : lagu Cinta
Penyanyi : Asmara

Lirik lagu Lagu Cinta 

Di atas perit kau menari
Di atas tangis kau bernyanyi
Kau sayat hatiku dengan cintamu

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Disaat luka kau tak ada
Disaat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati
Disaat luka kau tak ada
Disaat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu
Lagu cinta

Video Lagu Cinta Ost Cinta Teruna Kimchi







Viewing all articles
Browse latest Browse all 533